facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Datin Gemar Tayang Lurah, Tabur Nafsu Di Sosial Media?

loading...




Sesiapa yang mengikuti perkembangan fesyen, pasti mereka mengenali Datin Ezurin Khyra.  Dia adalah golongan sosialit kelas atasan. Mungkin ramai yang tidak tahu, Datin Ezurin adalah bekas pelakon dan model suatu masa dulu sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Pahang, Tunku Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah.
Tengku memang tak tipu, Ezurin atau nama glamor-nya Ekhyra ini memang Datin yang paling hangat diperkatakan. Memiliki susuk tubuh persis anak dara walaupun sudah ada lima orang anak! Ia seakan memberi tiket untuk Datin ini melaburkan nafsunya untuk berfesyen dengan helaian mewah. Setakat baju di badan sudah mencecah belasan ribu ringgit. Ini belum termasuk sepatunya dan juga beg tangan Hermes!
Dengar cerita bahawa Tunku Yaacob menghadiahkan Datin Ezurin cincin berlian berharga 20 juta! Kau ada??
And Tengku ni kalau boleh nak jugaklah jadi bibik kepada Datin Ezurin ini. Sebab Ezurin suka mengembara dunia. Semua pekerja-pekerjanya diangkut sekali. Dia tidak boleh hidup tanpa entourage! Jadi sesiapa yang bekerja untuk Datin ini memang confirm dapat merasa mengelilingi dunia dengan jet peribadi atau yatch peribadinya.
Tengku dengar-dengar cerita Datin ini ada 10 pembantu yang memang setia dengannya! Aduh tolonglah ambil Tengku untuk jadi bibiknya yang ke-11!
Apa yang paling hot tentang Datin Ekhyra ini, dia dengan beraninya akan mendedahkan asetnya seperti buah dada untuk ditontoni khalayak ramai. Haa sapa-sapa yang follow Datin Ezurin ini memang boleh cuci mata! Pakaian yang menjolok mata adalah kesukaanya. Tapi bukan pakaian jenama sembarangan, Stella McCartney you’allz!




loading...